• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sungai Di Pahang Dibersih Elak Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Kerajaan negeri sedang mendalam dan membersihkan sungai sepanjang 272 kilometer bagi mengatasi masalah banjir.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Ir. Shahruddin Ibrahim berkata projek berkenaan melibatkan dua fasa dengan kerja-kerja mengorek pasir akan dijalankan kontraktor yang dilantik menggunakan teknologi dari China.

“Projek fasa pertama membabitkan perbelanjaan RM568 juta yang peruntukannya diluluskan kerajaan negeri Januari lalu.

“Kontraktor yang dilantik akan melakukan pemulihan sungai dengan kaedahmengorek, mendalam dan memperelok aliran di lima batang sungai iaitu Sungai Jelai, Sungai Lipis, Sungai Pahang, Sungai Kenau dan Sungai Kuantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis dialog serta taklimat kepada penduduk di sini hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, Anggota Dewan Undangan Negeri Jenderak, Datuk Mohamed Haji Jaafar dan Pengarah Urusan Gegaran Alam Sdn Bhd, Steven Ng.

Mengulas lanjut, Shahruddin berkata dengan langkah yang dibuat itu, kerajaan negeri menyasar dapat mengurangkan kawasan terjejas banjir kepada 2,700 hektar daripada 8,000 hektar.

“Sekiranya fasa pertama berjalan lancar, proses permohonan semula akan dilakukan bagi pelaksanaan fasa kedua sepanjang 279 kilometer melibatkan Sungai Pahang, Sungai Semantan, Sungai Bentong dan Sungai Telemong,” katanya.

Beliau berkata semua kos ditanggung pihak kontraktor yang akan mendapat timbal balik daripada hasil penjualan pasir sungai.

“Projek akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat kelulusan Kajian Pengurusan Alam Sekitar dan persetujuan daripada penduduk setempat,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=zLKKmdaPcps

Tags: BanjirPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd