Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kastam KLIA Rampas Syabu...

SEPANG - Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mematahkan kegiatan menyeludup dadah jenis...

Jurulatih Beregu Lelaki Negara...

SEREMBAN – Pemilihan jurulatih beregu lelaki negara yang dikosongkan oleh Jeremy Gan, minggu...

Lego Malaysia Perkenal Binaan...

KUALA LUMPUR - LEGO Malaysia melakar sejarah dengan menjadi syarikat pertama menghasilkan empat...

‘Spider Man’ Selamatkan Budak...

SEORANG lelaki dianggap sebagai 'Spider Man' kerana sanggup memanjat bahagian luar sebuah bangunan tanpa...

Sultan Perak Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Hari Kedua

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-237 pada hari kedua di Istana Negara di sini.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama dua hari itu berakhir hari ini dihadiri semua raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah manakala Johor tidak menghantar wakil.

Kesemua Yang Dipertua Negeri turut hadir ke mesyuarat tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir sama.

Dalam mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Melaka, Sabah dan Sarawak diiringi ketua menterimasing-masing kecuali Pulau Pinang yang tidak dihadiri oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Sementara itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan, memaklumkan bahawa majlis itu telah disembahkan taklimat terkini mengenai pertahanan negara oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Taklimat mengenai keselamatan pula disembahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Syed Danial lagi, perkara lain yang turut dibincangkan ialah mengenai Agama Islam, pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia serta pelantikan Ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori