• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SukaGuam Tidak Setuju Anwar Hadir Parlimen

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peguam sukarelawan berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dibenarkan menghadiri dan mengambil bahagian dalam persidangan Parlimen, kerana menurutya, ia bagaikan mempersendakan institusi kehakiman yang telah mendapati Ketua Umum PKR itu melakukan kesalahan jenayah.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata Anwar tidak wajar hadir kerana Parlimen adalah tempat yang mulia dan tinggi martabatnya.

“Seorang pesalah yang sedang menjalani hukuman tidak sepatutnya dibenarkan masuk bersidang. Tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan dan perlembagaan kita mahu pun di dunia apabila pesalah yang sedang menjalani hukuman boleh hadir sidang Parlimen. Saya sendiri sudah semak. Ini jelas satu penghinaan,” katanya kepada Bernama.

PKR dilaporkan memohon kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen bermula Isnin depan atas alasan teknikal bahawa Anwar masih anggota Parlimen Permatang Pauh kerana proses petisyen pengampunan diraja belum dibereskan.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat II dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Khairul Anwar berkata sesuatu hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah adalah untuk memberi iktibar kepada orang ramai terhadap sesuatu kesalahan itu dan pesalah perlu menjalaninya tanpa mengira status dan kedudukannya.

“Jika dibebaskan dan diberi kebenaran untuk hadir ke Parlimen, tiada gunanya hukuman itu dijatuhkan dan membolehkan Anwar bebas semula seperti manusia biasa tanpa menyesali perbuatannya,” katanya.

“Kalau lawatan sambil belajar oleh banduan-banduan di peringkat akhir untuk dilepaskan mungkin boleh diberi kebenaran tapi bukan untuk duduk sebagai ahli pada persidangan di Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata seandainya hasrat Anwar itu ditunaikan, ia tidak menghormati langsung keputusan mahkamah.

Jelasnya, tidak timbul langsung soal pelanggaran hak beliau (Anwar) memandangkan sudah terlalu banyak peluang dan segala hak telah diberikan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

“Ini bukan soal sebab dia (Anwar) daripada parti pembangkang. Jika keadaan sama berlaku kepada anggota Parlimen lain mereka juga tidak wajar dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Prof Dr Azmi Hassan berkata tiada keperluan mendesak dan kritikal kepada Anwar untuk hadir Persidangan Dewan Rakyat, dilihat seolah-olah beliau mempunyai motif terselindung.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia itu berkata kehadiran Anwar bakal mewujudkan satu polemik politik yang sangat besar.

Beliau berkata tindakan untuk tidak membenarkan Anwar hadir ke persidangan itu nanti bukanlah melanggar hak asasi manusia apatah lagi satu penganiayaan seperti didakwa penyokong kem Anwar. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd