• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Jangka Peratusan Keluar Mengundi PRK DUN Chempaka 70%

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chempaka menurun kepada 70 peratus berbanding 85.9 peratus pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia berikutan hanya sebuah parti besar iaitu PAS sahaja yang bertanding dan tidak dicabar oleh Barisan Nasional (BN).

“Kami jangkakan ramai pengundi yang tak akan keluar atau pulang mengundi pada PRK DUN Chempaka kali ini kerana faktor berkenaan.

“Bagaimanapun SPR menggalakkan pengundi keluar beramai-ramai pada 22 Mac ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya pada sidang media selepas tamat proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa di sini, Selasa.

PRK DUN Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Calon PAS ialah Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Empat calon bebas ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Abdul Aziz berkata keputusan PRK itu akan diumumkan selewat-lewatnya pukul 10 malam pada hari berkenaan.

Beliau berkata SPR juga telah menubuhkan dua pasukan penguatkuasa pilihan raya yang menjalankan rondaan 24 jam dan dianggotai pasukan polis, wakil Majlis Perbandaran Kota Baharu serta wakil calon-calon yang bertanding.

“Pasukan petugas ini diberi tanggungjawab untuk memantau keseluruhan aktiviti kempen yang dijalankan oleh calon-calon. Saya nasihatkan calon-calon supaya patuh kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 supaya pilihan raya kecil ini boleh berjalan dengan lancar,” katanya.

Abdul Aziz turut menyifatkan proses penamaan calon pada kali ini sebagai sesuatu yang paling tenang pernah dijalankan berikutan tiada sebarang pergaduhan atau provokasi dilakukan oleh mana-mana penyokong calon yang bertanding.

“Saya harap keadaan ini akan berterusan sehingga PRK DUN Chempaka tamat,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan mengalahkan calon BN Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Nik Abdul Aziz memperoleh 12,310 undi manakala Wan Razman mendapat 5,810 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Dun ChempakaSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd