• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebahagian RM9j Disalur Kepada Program Pembangunan Sukan Berbasikal

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada RM9 juta yang dijimatkan daripada pengurangan peruntukan untuk penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 akan disalurkan kepada program pembangunan sukan berbasikal.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata program pembangunan itu akan dimulakan tidak lama lagi dengan memberi kepada golongan remaja dan pelajar.

Katanya, pada penganjuran LTdL tahun lepas, yang diusahakan oleh kementerian itu, peruntukan yang diluluskan adalah RM19 juta dan pada tahun ini hanya RM10 juta diperuntukkan untuk penganjur swasta.

“Saya buat keputusan untuk wujudkan program pembangunan itu kerana saya rasa penjimatan ini sebahagian daripada sukan berbasikal. Ia mestilah dikekalkan untuk program basikal,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah LTdL 2015 di Dataran Merdeka, hari ini.

Majlis penyampaian hadiah LTdL telah disempurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Khairy menganggap penganjuran LTdL kali ini sebagai satu program yang berjaya dan berpuas hati terutamanya dengan penjimatan yang perolehi daripada penswastaan program itu.

Mengulas mengenai penambahbaikan yang boleh dilakukan penganjur pada edisi akan datang, Khairy berkata dengan masa jangka masa persiapan yang lebih panjang, LTdL akan dapat menarik lebih banyak penglibatan daripada pasukan profesional bertaraf dunia.

“Pencapaian pasukan tempatan, saya lihat tidaklah teruk sangat. Saya lihat ada beberapa penamat podium dan ini saya rasa prestasi terbaik dalam beberapa tahun lepas.

“Kita harus letak objektif untuk menang kategori pasukan terbaik Asia…itu mesti menjadi matlamat kita sebab selama 20 tahun kita anjur LTdL, memang tak pernah menang gelaran ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: LTdL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belletti Akhiri Kemarau Gelaran Selepas 2 Tahun

25/03/2018
0

MUAR – Pelumba Itali, Manuel Belletti daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec menamatkan kemarau gelaran selepas dua tahun apabila menjuarai peringkat ketujuh...

Harrif Puas Hati Tamat Kemarau Raih Podium

22/03/2018
0

PEKAN — Pelumba pecut kebangsaan, Mohd Harrif Saleh puas hati kerana berjaya menamatkan kemarau enam tahun untuk meraih kedudukan podium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd