• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Akan Lindungi Apa-Apa Kesalahan,” Kata PM

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan melindungi apa-apa kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.

Bercakap ketika merasmikan Konvensyen UMNO Kedah selama dua hari bermula Sabtu, Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.

“Saya sebagai perdana menteri dan presiden parti akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara. Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada apa-apa isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu kita buat secara telus, kita buat cara telus.

“Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti dipertahankan,” kata beliau pada majlis perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Konvensyen UMNO Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 UMNO Bahagian di negeri itu.

Mengenai cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata kerajaan pusat perlu menunggu terlebih dahulu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan ketika ini.

“Kita tunggu report (laporan) dulu, belum siap lagi reportnya. Ia akan dibentangkan kepada menteri dan kabinet, mudah-mudahan hasrat dan niat itu, Tuhan akan makbulkannya,” katanya.

Kerajaan negeri bercadang membina KXP bernilai RM1.6 bilion bagi merangsang ekonomi di utara tanah air.

Sementara itu perdana menteri turut memberi reaksi terhadap permintaan kerajaan negeri supaya kerajaan pusat menukarkan pinjaman yang dibuat Kedah sebelum ini kepada geran.

“Saya kena tengok secara keseluruhannya, kalau hendak hapuskan loan (pinjaman) saya kena tengok keseluruhannya. Mana yang mampu, insya-Allah saya akan terus membantu Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat negeri ini agar terus mempertahankan semangat perpaduan dan...

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd