• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sawah Atas Bumbung Di China

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beijing – Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi tapak pertanian.

Jurucakap kilang, Lu Xiaoqing berkata, idea itu tercetus selepas syarikat itu memikirkan kaedah untuk menggunakan sepenuhnya bumbung kilang terbabit.

“Jadi kami wujudkan projek pertanian yang turut membabitkan kakitangan kami,” katanya.

China Daily melaporkan, bumbung bangunan itu cukup kuat untuk menampung projek pertanian berkenaan, selain kalis air bagi mengelak kebocoran di kilang di bawahnya.

Pekerja kilang turut bercucuk tanam selain memelihara ayam dan ternakan.

Tugasan menjaga setiap bahagian kebun diagihkan sesama pekerja dan semua hasil dikongsikan bersama secara percuma.

Sumber tanah semakin berkurangan di bandar besar di China disebabkan pembangunan.

Beberapa bandar sebelum ini berjaya melakukan kaedah pertanian atas bumbung.

Malah, Persatuan Landskap Bumbung Beijing menganggarkan keluasan kasar bumbung hijau di Beijing ialah 1.2 meter juta persegi pada 2012.

Kaedah ini bukan terhad untuk pertanian. Sebuah sekolah rendah di wilayah Zhejiang membina trek larian sepanjang 200 meter di bumbungnya sebagai kaedah menjimatkan ruang. – Agensi

Tags: ChinaPertanian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd