• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Anwar 50 Juta: Mohd Saiful Beri Keterangan 10 Ogos Depan

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan memberi keterangan pada 10 Ogos depan dalam samannya yang berjumlah RM50 juta terhadap Anwar berhubung insiden liwat tujuh tahun lepas.

Peguam Mohd Saiful, Zamri Idrus, memberitahu media bahawa plaintif akan memanggil sekurang-kurangnya 10 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu, yang ditetapkan selama lima hari mulai 10 Ogos depan.

Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar selepas bertemu beliau dan peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar, bagi pengurusan kes itu.

Menurutnya mahkamah turut menetapkan lima hari lagi iaitu pada 17, 18, 21, 24 dan 25 Ogos untuk mendengar perbicaraan saman itu.

Shahid Adli pula berkata defendan akan memanggil tiga saksi.

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful, 30, memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Ketua Pembangkang itu.

Mohd Saiful mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, selain dicemuh di laman-laman sosial hingga menyebabkannya mengalami tekanan teruk akibat fitnah dan kejadian liwat itu.

Anwar, 67, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Okt tahun lepas, menafikan beliau meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan liwat itu adalah tidak benar.

Pada 10 Feb tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar kerana meliwat Mohd Saiful, selepas menolak rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

– BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=tBTQ4DaoHRU

Tags: Anwar IbrahimSaiful Bukhari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd