• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Faham GST Apabila Dilaksanakan 1 April Ini – Ahmad Shabery

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin rakyat akan memahami kepentingan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan pada 1 April ini.

Beliau berkata tanggapan negatif tentang GST timbul kerana kurangnya pemahaman orang ramai mengenai percukaian selain tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkaitan implikasi CBP terhadap kos sara hidup.

“Banyak perkara lebih mudah difahami setelah dilaksanakan. Setakat cakap teori, ia sukar difahami seperti memandu kereta.

“Lebih-lebih lagi, ia (GST berjaya dilaksanakan di 160 negara termasuk negara Islam,” katanya selepas merasmikan TSG International (TSGi) Cyberport, sebuah pusat telekomunikasi penyiaran dan pusat data bersepadu rangkaian bebas pertama di Malaysia, di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas tindakan pihak yang menyerbu kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya semalam kerana membantah GST.

Ahmad Shabery berkata rakyat perlu tahu bahawa asas ekonomi negara dapat diperkukuh lagi menerusi pelaksanaan CBP kerana ia menjadikan kutipan cukai lebih cekap, sekali gus menjana hasil yang lebih besar serta merangsang pertumbuhan.

“Setiap wang yang diperolehi bukan untuk kerajaan atau pemimpin, tetapi ia akan dikembalikan kepada rakyat. Setiap kutipan cukai terbabit akan diproses dan dikembalikan semula kepada rakyat.

“Rakyat mahukan pendidikan, sistem komunikasi dan kesihatan yang lebih baik. Rakyat akan marah kalau pembetungan tidak dibuat, longkang tidak dibesarkan, tahap pendidikan berada di tahap bawah,” katanya.

Namun, katanya rakyat juga perlu tahu bahawa untuk memenuhi tuntutan itu, kerajaan memerlukan wang dan GST dapat meluaskan pendapatan negara.

“Beberapa juta orang datang ke Malaysia mencari pekerjaan, tapi tidak pernah mengisytiharkan cukai atau membayar kadar yang lebih rendah yang sepatutnya. Sekarang, dengan pelaksanaan GST, mereka tidak boleh lari daripada tidak bayar cukai,” katanya.

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadarnya 16 peratus. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd