• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Serah Diri Sukarela PATI Dilanjutkan

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nilai – Kerajaan akan melanjutkan tempoh pelaksanaan Program Serah Diri Sukarela yang ditawarkan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk dihantar pulang ke negara asal sehingga Disember tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, program dikenali 3+1 itu memberi peluang kepada majikan menyerahkan PATI atau PATI menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Katanya, PATI yang tamat tempoh permit kerja namun pasport masih sah dan ingin pulang ke negara asal boleh menyerah diri secara sukarela kepada imigresen menerusi syarikat khas ditubuhkan dengan kompaun RM300 dan RM100 untuk pas khas.

Menurutnya, PATI dari negara lain selain Indonesia dan Myanmar boleh membuat pendaftaran di kaunter imigresen seluruh negara atau di Koperasi Pegawai-Pegawai Imigresen Semenanjung Malaysia.

Katanya, tawaran itu hanya membabitkan negeri di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak masih dalam kajian.

“PATI warganegara Indonesia yang ingin pulang ke negara asal boleh mendaftar dengan syarikat IMAN manakala PATI warganegara Myanmar boleh berbuat demikian bersama syarikat Bukti Megah.

“Saya menyeru majikan yang menggajikan PATI supaya menggunakan saluran ini untuk pulang ke negara asal kerana melalui program ini mereka tidak akan ditangkap,” katanya selepas mengetuai Op Ikrar di Nilai 3 di sini, semalam.

Mustafa berkata, sepanjang enam bulan pelaksanaan program 3+1 sejak Julai tahun lalu, seramai 112,000 PATI menyerah diri dan mereka sudah dihantar pulang ke negara masing masing. – myMetro Online

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd