• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Tumpaskan 21 Sindiket Jenayah Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka berjaya menumpaskan 21 sindiket jenayah melibatkan keseluruhan 29 anggota sindiket yang ditahan sepanjang tahun lepas.

Ketua JSJ Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata daripada jumlah itu, lapan merupakan sindiket melibatkan curi kenderaan, tujuh sindiket samun tanpa senjata manakala enam lagi sindiket pecah rumah.

“JSJ Melaka juga telah membuat tangkapan ke atas 2,726 orang termasuk 269 warga asing atas pelbagai kesalahan jenayah tahun lepas, usaha membanteras jenayah ini penting bagi memastikan pihak polis dapat menjaga ketenteraman orang ramai.

“Kami sentiasa berusaha mengumpul maklumat daripada orang ramai dan melakukan risikan untuk mengesan mereka yang melanggar undang-undang negara demi memastikan keamanan dan mewujudkan rasa selamat masyarakat,” katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Beliau berkata JSJ Melaka sentiasa mengkaji setiap modus operandi penjenayah terutamanya melibatkan rangkaian sindiket bagi mengesan dan menahan mereka selain penumpuan diberikan terhadap operasi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah, pelacuran, perjudian, pergaduhan dan gangsterisme.

Raja Shahrom berkata Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang baharu ditubuhkan tahun lepas bersama JSJ memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan kadar jenayah di negeri ini.

Beliau berkata walaupun mempunyai objektif yang berbeza, dua jabatan itu mampu memberi impak berkesan apabila berjaya menurunkan kadar jenayah lebih 12 peratus tahun lepas di negeri ini.

Katanya operasi lusuh juga sentiasa dijalankan di semua bengkel kenderaan dan jualan terpakai bagi memastikan aktiviti pembelian dan penjualan barangan curi dapat dikesan.

“Polis juga meningkatkan rondaan anggota unit ronda bermotosikal dan MPV di zon merah jenayah yang dikenal pasti khususnya di daerah Melaka Tengah seperti di kawasan Jonker Street, Kota Laksamana, Malim, Cheng dan Tengkera.

“Kualiti teknologi yang digunakan JSJ Melaka juga telah dipertingkatkan bagi melancarkan proses menjejaki penjenayah seperti penggunaan sistem ‘bio face’ yang dibangunkan JSJ Bukit Aman,” katanya. – BERNAMA

Tags: jenazahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd