• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNS Terima Anugerah Abdul Rahman Bin Auf 2014

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerima pengiktirafan Anugerah Abdul Rahman Bin Auf 2014 dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Majlis Anugerah dan Penghargaan LZS 2014 baru-baru ini sebagai agen membantu menyebarkan dakwah zakat sekali gus meningkatkan kutipan zakat di Selangor.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, anugerah itu diberikan kepada perbadanan itu di atas sumbangan PKNS dalam pengurusan dan pengagihan semula zakat yang cekap, bayaran zakat perniagaan yang konsisten, menyediakan kemudahan potongan gaji kepada kakitangan adalah antara faktor yang melayakkannya menerima anugerah berkenaan.

“PKNS pada masa yang sama juga telah menjalankan pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah memberi impak yang besar kepada PKNS serta komuniti terutamanya masyarakat di sekitar Selangor.

“Selain itu, pengiktirafan ini juga diberikan kepada PKNS di atas kekerapan mesyuarat pengurusan wang zakat yang diadakan secara konsisten oleh Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS,” katanya.

Ishak berkata lagi, PKNS yang menerima anugerah bagi kategori Bayaran Zakat Perniagaan adalah antara 24 organisasi atau individu yang menerima penghargaan di atas sumbangan mereka dalam usaha dakwah dan peningkatan kutipan serta agihan zakat di Selangor.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) merangkap Timbalan Pengerusi LZS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa kepada PKNS yang diwakili oleh Pengurus Besar, Azlan Md Alifiah.

Majlis itu diadakan bagi memberi pengiktirafan khusus untuk mereka terdiri daripada wakil firma audit dan percukaian, syarikat, bank, pejabat pos, penolong amil institusi pengajian tinggi (IPT), fitrah dan padi. Turut diraikan, syarikat-syarikat korporat yang merupakan pembayar zakat perniagaan dan majikan yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji di LZS.

Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara.

Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan. – BERNAMA

Tags: PKNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Kakitangan PKNS Azalan Dikebumi Di Shah Alam

20/10/2019
0

SHAH ALAM - Jenazah kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azalan Miswan yang maut dalam satu kemalangan di Turki pada...

Bersihkan Hutan Gombak Untuk Projek PKNS Dibantah

19/02/2019
0

PETALING JAYA - Sebuah organisasi yang memayungi 8 kumpulan pencinta alam memberi amaran kepada kerajaan Selangor yang meneruskan projek perumahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd