• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinda Akta SKMM, Hukum Pesalah Laku Media Sosial

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1998 akan dikaji semula khususnya dalam menghukum pesalah laku media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya kini dalam proses mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi meminda akta tersebut.

“Sekarang ini dalam peringkat untuk melihat secara menyeluruh tentang akta yang ada digubal pada 1998.

“Sudah sampai waktunya untuk melihat, mengkaji dan meminda akta ini dalam semua segi termasuk soal berkaitan tadbir urus SKMM itu sendiri,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung langkah pengukuhan undang-undang sedia ada bagi membendung pesalah media sosial.

Bung menarik perhatian Dewan Rakyat dengan membangkitkan isu hukuman terhadap pihak yang didapati bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong namun hanya dikenakan hukuman yang dianggap tidak setimpal.

Mengulas mengenai hukuman bagi kesalahan berkenaan, Shabery berkata ia juga sedang diteliti termasuk kemungkinan menambah hukuman sedia ada.

“Beberapa perkara perlu diteliti kembali khususnya undang-undang yang sedia ada mencukupi atau tidak.

“Sebagai contoh kesalahan menghina raja-raja termasuk denda RM200,000, apakah ia dianggap sama dengan yang dibuat di negara jiran seperti Thailand apabila ada rakyatnya menghina raja mereka,” katanya. – mStar Online

Tags: media sosialSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd