• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen ‘FreeAnwar’ Dipadam Dari Laman Web Rumah Putih

oleh AK-47
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU petisyen kepada pentadbiran Barack Obama di Amerika Syarikat (AS) bagi membantu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kurungan penjara telah dipadamkan daripada laman web Rumah Putih, meskipun telah menghampiri sasaran 100,000 tandatangan yang disyaratkan.

Laman tersebut, yang sebelum ini memaparkan petisyen itu, kini menyiarkan mesej berbunyi: “Petisyen yang anda cari telah dipadamkan daripada laman web ini mengikut Dasar Kesederhanaan kerana didapati telah melanggar Syarat-Syarat Penyertaan.”

Awal hari ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah menyarankan lebih ramai peserta untuk menandatangani kempen pembebasan Anwar tersebut, yang pada masa itu memerlukan cuma 5,000 tandatangan sahaja lagi bagi mencapai sasaran 100,000 untuk mendapat maklum balas kerajaan AS.

Lim turut memuatnaik satu tweet meyuarakan keyakinannya bahawa sasaran 100,000 tandatangan menyokong pembebasan Anwar itu pasti akan tercapai pada pukul 5.00 petang hari ini, beberapa hari lebih awal daripada tarikh luputnya pada 12 Mac.

Namun, tinjauan di laman web tersebut menunjukkan petisyen itu telah pun dibuang tak lama selepas itu.

Ahli Parlimen Batu yang juga naib presiden PKR Tian Chua berkata, Putrajaya mungkin dalang di sebalik pembatalan petisyen itu.

Beliau menulis di akaun Twitternya:”Petisyen FreeAnwar di Rumah Putih digantung – saya syak kerajaan Malaysia sabotaj petisyen dan menjejaskan proses itu.”

Punca sebenar petisyen itu ditutup belum diketahui setakat ini.

Petisyen itu dicetuskan oleh bekas Duta AS ke Malaysia John R Malott, sejurus selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah Anwar atas tuduhan meliwat pada 10 Februari.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi ‘petisyen balas’ bertajuk “Menghormati kedaulatan negara Malaysia” turut dimuat naik dalam bahagian petisyen pada laman web Rumah Putih.

Ia dimulakan tidak lama selepas petisyen Malott untuk membebaskan Anwar, di mana ia akan tamat tempoh pada 13 Mac.

Setakat artikel ini ditulis, petisyen itu mempunyai 72,884 penandatangan dan memerlukan lebih 20,000 tandatangan lagi untuk layak mendapat maklum balas.

Petisyen itu menyatakan “rakyat Malaysia marah” terhadap Rumah Putih kerana melahirkan komen “amat kecewa” berhubung sabitan bersalah Anwar sekaligus mempersoalkan sistem kehakiman serta kedaulatan undang-undang Malaysia.

“DNA yang menyokong kes ini berpadanan dengan kesemua 16 sampel. Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampelnya di mahkamah yang mungkin boleh membersihkan namanya. Pada asalnya Anwar menawarkan 14 saksi tetapi tiada seorang pun yang berani tampil ke hadapan. Anwar juga menolak untuk disoal balas.

“Sebelum cuba menjejaskan reputasi Malaysia, AS perlu melihat dahulu isu hak asasi manusia mereka dan berhenti menyiksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian mendesak AS berhenti mencampuri kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia,” kata petisyen balas itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan 10 Februari lalu, Rumah Putih meluahkan “kekesalan dan kekecewaan” mereka selepas keputusan mahkamah diumumkan,

Dakwa kenyataan itu, perbicaraan Anwar “membangkitkan kebimbangan yang serius mengenai kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia.”

SEMENTARA ITU, info awal memberitahu pembatalan petisyen itu dipercayai dibuat kerana wujud elemen penipuan dan manipulasi terutama oleh pasukan siber DAp (Red Bean Army). Maklumat lanjut bakal menyusul

- MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=1HdjvWSL78c

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd