• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbit Bantah Kad Tambah Nilai Telefon Bimbit Dikenakan GST

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Persatuan Pengguna Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) berharap syarikat telekomunikasi (Telco) tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pembelian kad tambah nilai dan pek permulaan bagi pengguna perkhidmatan prabayar.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata GST sebanyak enam peratus yang akan dilaksanakan 1 April ini dilihat akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan pelajar yang menggunakan telefon bimbit prabayar.

“Lebih 80 peratus pengguna perkhidmatan prabayar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta pelajar sekolah dan penuntut di Institut Pengajian Tinggi.

“Penambahan cukai GST ini sudah sudah pasti akan membebankan mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Justeru, katanya persatuan itu telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam usaha mendapatkan sokongan pengecualian GST terhadap produk tambah nilai dan pek permulaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad berkata pihaknya akan mengkaji dakwaan berhubung caj tersembunyi yang dikenakan oleh syarikat telco terhadap mel suara, panggilan yang tidak disambung, mel remeh dan sebagainya.

Menurutnya pihaknya telah menerima lebih 18,000 aduan dalam tempoh setahun daripada pengguna telefon bimbit mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh telco dan kebanyakannya berkaitan dengan masalah caj tersembunyi.

“Sebelum ini kita pernah buat kajian dan mendapati lebih daripada 60 peratus kos atau caj yang dibayar oleh pengguna adalah daripada kos tersembunyi seperti mel suara, penggilan yang tidak disambung dan mel remeh dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata hasil kajian itu akan diserahkan kepada KKMM dan SKMM untuk dibincangan dengan syarikat telco bagi mencari jalan penyelesaian. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd