Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Harga Baharu Gula Pasir...

PUTRAJAYA - Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram, berkuat...

Pendakwaan Panggil Dua Saksi...

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah...

Tanah Runtuh: Kaki Cerun...

HULU SELANGOR – Kaki cerun yang lemah dipercayai punca kejadian runtuhan tanah di...

‘Spiderman’ Selamatkan Mangsa Kemalangan?

SUDAH pasti watak-watak superhero menjadi kegilaan orang ramai. Lagi-lagi anak-anak kecil yang dari...

Perabot Dan Mesin Bernilai RM200,000 Musnah

SEREMBAN – Sebuah rumah separuh kekal yang diubahsuai sebagai stor perabot di Kampung Baru Rasah, dekat sini, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi dengan kerugian dianggarkan RM200,000.

Dalam kejadian pukul 12.45 tengah malam itu, pemilik rumah berkenaan, Chong Fong Pong, 63, sedang berada di sebuah lagi rumah rumahnya di Taman Permai, dekat sini, sebelum dimaklumkan oleh jirannya tentang kebakaran tersebut.

Chong berkata keadaan stor itu seperti biasa ketika beliau meninggalkan premis itu pada pukul 5.30 petang dan ketika sampai di lokasi, beliau tidak dapat menyelamatkan barangan stor dan mesin kerana api merebak dengan pantas.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata sebanyak 27 anggota dan pegawai bersama empat jentera dari Balai Seremban dan Seremban 2 dikejarkan ke lokasi sebaik mendapat panggilan kecemasan pada pukul 1.10 pagi.


Menurutya pihaknya berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke rumah lain di kawasan itu dalam tempoh 10 minit sebelum memadam kebakaran sepenuhnya pada pukul 2 pagi.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori