• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Pegawai Penyiasat Polis Didakwa Minta, Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam, tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Sarjan Mohd Ferdaus Abdullah, 28, didakwa meminta suapan wang tunai RM2,500 daripada Ismail Dahlan, sebagai dorongan menyelesaikan kes Nurulhuda Samsudin yang disyaki terlibat dalam kes memiliki dadah.

Mohd Ferdaus yang merupakan Penolong Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Utara didakwa melakukan kesalahan terbabit di IPD berkenaan pada 12.30 malam, 2 Jun 2014.

Bagi tuduhan kedua, dia yang masih bujang dituduh secara rasuah menerima suapan wang tunai RM1,900 daripada Ismail sebagai dorongan sama, di lokasi sama, pada 11 malam, 4 Jun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan Mohd Ferdaus diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Ghaffar Ab Latiff manakala Mohd Ferdaus diwakili peguam Nor Hidayu Arshad. – BERNAMA

Tags: polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd