• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peningkatan Harga Bahan Api Tidak Jejas Harga Barang Di Pasar Tani

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Peningkatan harga bahan api yang berlaku tidak menjejaskan harga barangan di pasar-pasar tani, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata perkara itu didorong oleh Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak Terus ke Pasar Tani (Kukuh) yang boleh memerangi orang tengah, sekali gus mengurangkan harga di pasaran sehingga 20 ke 30 peratus.

“Di pasar tani harga masih kekal, usahawan taat kepada arahan kerajaan, harga minyak tinggi dulu pun kita boleh bertahan, jadi sekarang ini kita boleh juga, tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada usahawan tani Wilayah Utara di sini hari ini.

Katanya, menerusi program Kukuh petani dan penternak menjual hasil ternakan atau pertanian terus kepada peniaga melalui agensi-agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya peranan orang tengah dapat dikurangkan.

“Sebab itulah FAMA turunkan harga pasaran ayam, buah-buahan, sayuran, bekalan dapur, ini semua disebabkan sebab kita dapat bekalan terus (daripada usahawan,” kata Badruddin.

Beliau berkata, ia sekali gus memberi faedah kepada pengeluar, peruncit dan pengguna akhir, yang mendapat harga munasabah dan tidak membebankan.

“Kerajaan sendiri menyarankan nelayan, petani, penternak supaya barangan mereka terus dijual di bawah agensi-agensi kementerian pertanian dan terus dihantar kepada pasar tani agar harga dapat dikekalkan,” katanya.

Katanya, petani atau penternak yang mempunyai masalah dalam memasarkan hasil mereka diminta untuk mendapatkan nasihat di setiap pejabat FAMA negeri masing-masing.

Siri Jelajah FAMA di seluruh negara itu bertujuan memperjelaskan kepada usahawan tani mengenai program turun harga barang, jimat belanja dapur serta jihad membasmi orang tengah. – BERNAMA

Tags: FAMAharga minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd