Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

Rafizi Ditahan Polis Bawah...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli ditahan polis...

Kedah Lokasi Transit Pilihan...

ALOR SETAR - Ketibaan musim sejuk di China dan Vietnam menjadikan permintaan terhadap...

MAB Di Landasan Pelan...

SEPANG — Malaysia Airlines (MAB) yakin Pelan Pemulihan MAB (MRP) lima tahunnya berjalan...

Zlatan Ibrahimovic Boleh Kekal...

BERITA baik kepada peminat Manchester United apabila Jose Mourinho akan mempertimbangkan untuk menawarkan...

Penantian Suami Isteri Miliki Rumah Tercapai Selepas 30 Tahun

KUALA TERENGGANU – Penantian sepasang suami isteri untuk tinggal di rumah sendiri tercapai selepas 30 tahun, apabila mereka dipilih menjadi sebahagian 79 penerima Rumah Mampu Milik (RMM) Taman Hamparan Permai di Batu Hampar, Manir di sini, hari ini.

Bekas kakitangan swasta, To-Goeng, 68, dan isteri Chua Ghok Cho, 59, berkata mereka bersama tiga anak menduduki rumah sewa di Kampung Manir pada harga RM350 sebulan.

Beliau berkata bayaran sewa itu lebih mahal berbanding ansuran bulanan yang perlu dibayar untuk memiliki rumah berharga RM90,000 iaitu RM187 sebulan.

“Jika tidak mendapat rumah ini, entah sampai bila kami akan duduk menyewa. Sebab itu rasa bersyukur dapat rumah ini, yang diberikan subsidi kerajaan negeri Terengganu lebih RM22,000,” katanya.

To-Goeng berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Taman Hamparan Permai yang disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu.


Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Bahagian Perancangan dan Pembangunan) Mohammad Latef serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Manir Yusof Awang Hitam.

Jailani berkata terdapat 437 unit rumah yang akan diagihkan kepada penerima yang layak secara berperingkat, dan 112 penerima telah menerima rumah masing-masing pada tahun lalu.

“Sebanyak 10,000 permohonan diterima, menyebabkan pemilihan perlu dilakukan dengan begitu teliti untuk memastikan mereka yang mendapat manfaat ini golongan yang benar-benar layak,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori