• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penagihan Najis Dadah Di Kalangan Rakyat Perlis Tidak Membimbangkan

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Masalah penagihan najis dadah di kalangan rakyat Perlis tidak membimbangkan malah terkawal, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Menurutnya Chuping dan Kuala Perlis yang diberi perhatian lebih oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dalam pembanterasan penyalahgunaan najis dadah berikutan bilangan penagih dadahnya melebihi kawasan lain di negeri ini.

Katanya Chuping ialah rancangan Felda bersempadan dengan Thailand manakala Kuala Perlis merupakan jalan masuk ke Perlis melalui laut dari negara jiran itu.

“Secara tradisi penagih dalam kalangan anak-anak peneroka dan nelayan di kawasan ini mudah mendapat bekalan namun usaha-usaha termasuk bantuan badan-badan bukan kerajaan (NGO) diambil bagi membersihkan penagih di kawasan ini.

“Rekod menunjukkan bilangan penagih di Chuping sekitar 150 orang dan Kuala Perlis 200 orang sahaja,” kata Azlan kepada pemberita selepas melancarkan sambutan hari antidadah kebangsaan peringkat negeri di Dataran Perumahan awam Pauh di sini, petang semalam.

Beliau berkata jumlah itu tidak membimbangkan kerana penagih terbabit bukan kalangan penagih tegar walaupun majoriti mereka berumur 18 hingga 30 tahun.

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau menyarankan kanak-kanak diajar dan diberi maklumat mengenai dadah agar mereka membenci bahan terlarang itu bermula di tadika di samping menanamkan dalam diri mereka azab menagih bahan dadah.

Azlan berkata tanggungjawab membanteras penyalahgunaan dadah menjadi tanggungjawab bersama setiap rakyat dan bukan kewajipan agensi kerajaan sahaja.

“Dalam mengejar impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi, usaha kita mungkin terbantut andainya masalah penagihan dadah di kalangan rakyat tidak dibanteras ke akar umbi.

“Saya minta sokonglah usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan juga NGO-NGO supaya rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Sempena sambutan itu, hampir 20 agensi kerajaan membuka gerai pameran untuk memberi perkhidmatan dan maklumat kepada pengunjung. – BERNAMA

Tags: Azlan Mankes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd