• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Mengaku Tidak Bersalah Pikat Isteri Guru

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis berpangkat ASP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan memikat isteri orang tahun lepas.

ASP Badrol Hisham Othman, 44, didakwa memikat wanita berusia 43 tahun itu, yang juga isteri seorang guru berusia 48 tahun, dengan niat supaya wanita itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.

Badrol Hisham, yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi di sini pada 6 Mac, 29 April dan 13 Okt 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan.

Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan Badrol Hisham diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 10 April untuk sebutan. – BERNAMA

Tags: mahkamahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd