• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS WP Desak Kaji Semula Hubungan Dengan PR

oleh Ahmad Albab
28/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Resolusi Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan 2015 mengarahkan semua ahli PAS Wilayah Persekutuan mendokong kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama dalam parti.

Resolusi yang dikeluarkan hari ini tersebut turut mendesak PAS Pusat mengkaji kedudukan Tahaluf bersama Pakatan Rakyat daripada semasa ke semasa kerana parti itu wajib mempertahankan prinsip Islam berbanding Pakatan Rakyat.

“Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan mengingatkan pemimpin dan ahli PAS jangan sampai berlaku wala kepada rakan tahaluf melebihi wala dan ketaatan kepada perjuangan parti yang dipimpin oleh kepimpinan ulama.

“Ahli PAS agar jangan sekali-kali mengambil tindakan bermufaraqah dengan perjuangan PAS yang bercita-cita menegakkan Islam kerana ia bercanggahan dengan sifat pejuang Islam yang hakiki,” tegas resolusi itu.

Resolusi Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan 2015 boleh dibaca melalui Laman Facebook Dewan Ulama PAS Pusat di sini hari ini.

Resolusi itu turut menyebut konvensyen PAS Wilayah Persekutuan 2015 melabelkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai manusia tidak bertamadun dan biadap kerana menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“PAS Wilayah Persekutuan mengecam tindakan biadap dan tidak bertamadun Guan Eng memutuskan hubungannya dengan Tuan Guru Presiden PAS. Ia satu penghinaan kepada seluruh ahli PAS yang memilih beliau sebagai Presiden,” kata resolusi itu.

Resolusi Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan 2015 turut menggesa PAS Pusat memastikan anasir perosak dalam PAS iaitu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak dibiarkan berterusan melakukan mungkar.

Sehubungan itu, Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan menggesa Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan PasMa.

“Konvesyen turut menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada usaha kerajaan Kelantan merealisasi perlaksanaan hudud,” lapor laman Facebook berkenaan. – MYNEWSHUB.cc

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd