Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Dalang Serangan Pengganas Dicadang...

JAKARTA – Pihak pendakwa Indonesia semalam meminta hukuman mati dikenakan ke atas pendakwah...

Ekspo Kerjaya Menipu, Libat...

HARAPAN palsu mendapatkan pekerjaan benar-benar menyakitkan hati kepada graduan mahupun penganggur yang sekian...

MB Pahang Salur Peruntukan...

KUANTAN - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menyalurkan sumbangan RM75,000...

Fasa 2 Projek Naik...

KUCHING - Bagi pelaksanaan projek membaiki sekolah daif di Sarawak di bawah fasa...

PAS Selangor Pertahan Kepimpinan Hadi

SHAH ALAM – PAS Selangor hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti itu.

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata parti itu memerlukan kepimpinan Abdul Hadi dan sehingga kini belum ada yang layak untuk mengambil alih jawatannya.

“Sehubungan itu, PAS Selangor sangat mengalu-alukan kenyataan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din supaya presiden (Abdul Hadi) kekal.

“Kita gembira dengan kenyataan tersebut dan PAS Selangor akan bersama-sama mempertahankan kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Haron yang dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata belum masanya untuk parti itu menukar presiden dan berpendapat anggota PAS perlu taat kepada Abdul Hadi.

Bagaimanapunm Haron berkata setiap cawangan mempunyai hak masing-masing untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan dalam parti tetapi menegaskan nama calon yang dicadangkan perlu bersesuaian dengan keadaan yang ada ketika ini.


Pada 9 Mac lepas, PAS kawasan Kota Baharu mencalonkan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS Pusat, Jun depan.

Mohd Khairuddin berkata PAS Selangor mendukung kepimpinan ulamak termasuk mana-mana pemimpin profesional atau bukan profesional yang mempunyai pendirian sama.

Malah, katanya, Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Iskandar Abdul Samad juga telah beberapa kali menyatakan pendirian mendukung kepimpinan ulama.

“Maka itulah pendirian kami (PAS Selangor),” katanya. Mesyuarat agung bagi kesemua 22 kawasan PAS di Selangor akan bermula pada 15 Mac ini melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, kawasan dan pusat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori