• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Sayang.. Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu

oleh AK-47
03/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SPEKULASI pergolakan rumah tangga yang melanda Zamarul Hisham dan Diana Rafar akhirnya terungkai.

Krisis melanda pasangan pelakon ini mula dihidu selepas Diana Rafar dilihat menfailkan penceraian terhadap Zamarul di mahkamah syariah di Shah Alam, 15 Januari lalu.

BACA: Diana Rafar Fail Penceraian Dengan Zamarul

Akhirnya eksklusif menerusi Berita Harian, Zamarul tampil mendedahkan status sebenar rumah tangga mereka.

Dalam satu pengakuan mengejutkan Zamarul mengaku telah menceraikan Diana dengan talak satu pada 15 Januari lalu.

“Tiada apa yang perlu diselindung lagi. Kami sudah sah bercerai Januari lalu. Apa yang berlaku ada hikmah, terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja.

“Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami, peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan mendoakan yang terbaik.

“Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan ini. Kalau ada berita gembira (rujuk semula) saya akan kongsi tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami,” katanya.

Mengakui masih menyayangi Diana, Zamarul berharap peminat mendoakan mereka berdua meskipun perpisahan ini sudah ditentukan.

“Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia,” ujarnya.

Diana-Rafar-Failkan-Perceraian-Zamarul-Hisham-ROTIKAYA-700x350

Zamarul dan Diana diijabkabulkan pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas lapan tahun bercinta dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: diana rafarzamarul hisyam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamarul, Diana Pilih Nama ‘Kayla Reysha’

23/08/2017
0

PASANGAN bahagia, Zamarul Hisham dan Diana Rafar memilih nama Kayla Reysha untuk anak kedua mereka. Bayi comel seberat 3.4 kilogram...

Zamarul Ucap Anniversary Di Instagram Buat Diana

17/05/2016
0

PASANGAN pelakon, Zamarul dan Diana disatukan sebagai suami isteri pada Mei 2009 selepas menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd