• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Rasai Kekurangan Tanpa Pemain Utama

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘KEHILANGAN’ beberapa pemain tonggak dalam kesebelasan utama ternyata memberi kesan buat Pahang untuk menyekat South China yang mencipta kemenangan menerusi jaringan tunggal dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di halaman sendiri malam tadi.

Pengendali skuad Tok Gajah Zainal Abidin Hassan berkata, memang tidak dinafikan ketiadaan beberapa pemain utama, tambah menyukarkan lagi pasukan dari pantai timur itu mencipta kejayaan.

“Ketiadaan mereka sedikit menjejaskan prestasi pasukan terutama pada bahagian serangan yang gagal menyempurnakan banyak peluang yang terhidang.

“Walaupun keseluruhan perlawanan berjaya dikuasai Pahang namun tiada tindakan penyudah yang sempurna dapat diatur oleh pemain,” katanya kepada pemberita selepas mengharungi perlawanan yang berkesudahan Pahang 0 South China 1 di Kuantan, malam tadi.

Pahang terpaksa merehatkan beberapa pemain utama iaitu Matias Ruben Conti, Dickson Nwakaeme dan Fauzi Roslan yang dibelenggu dengan masalah kecederaan selain Razman Roslan yang digantung perlawanan.

Namun, Zainal tetap memberi pujian kepada pemainnya yang telah menunjukkan komitmen dan bermain dengan kemampuan sepenuhnya.

Katanya, kebanyakan barisan pemain muda yang diturunkan malam tadi tidak mempunyai pengalaman bermain di peringkat antarabangsa dan kejohanan itu merupakan pengalaman pertama buat mereka.

Dalam pada itu, Zainal akan cuba memastikan baki perlawanan dalam Kumpulan G, akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan itu untuk mengorak langkah ke pusingan seterusnya.

Pada perlawanan pembukaan, Pahang menang tipis 3-2 ke atas kelab Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar pada Februari lepas sebelum seri tanpa jaringan Global FC di sini, Sabtu lepas.

Selepas tewas 1-0 dengan South China FC malam tadi, pasukan Pahang dijadual akan meneruskan kempen Piala AFC untuk menentang pasukan sama pada saingan timbal balik di Hong Kong, 15 April ini.

Kemudian skuad Tok Gajah itu, akan berdepan dengan Yadanarbon FC pada 29 April di halaman sendiri sebelum terbang ke Filipina untuk berdepan dengan Global FC pada 13 Mei.

Pahang kini mengumpul empat mata diikuti Yadanarbon FC (tiga mata) dan Global FC (satu mata) di belakang pendahulu Kumpulan G, South China (enam mata) selepas tiga perlawanan. – BERNAMA

Tags: Piala AFCSkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nabil Timang Cahaya Mata Kedua, Perempuan

Next Post

Pinda Akta SKMM, Hukum Pesalah Laku Media Sosial

Related Posts

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

AFC B-16: Aksi Terakhir Kumpulan A Ditangguh Esok

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 membabitkan Malaysia...

Next Post

Pinda Akta SKMM, Hukum Pesalah Laku Media Sosial

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd