• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Allah Bagi Petunjuk, Ada Usaha Guling Abdul Hadi – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz menyelar pihak yang mendakwa tiada usaha menggulingkan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS kerana petunjuk Allah mengenai perkara itu semakin nyata.

Beliau turut mengkritik pihak yang menyeru kepada Ukhuwwah Islamiyah tetapi kalimah itu bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah.

Anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ini turut berkongsi pendapat, arwah bapanya menemui ajal dengan tenang kerana keharmonian hubungannya dengan para ulama PAS termasuk Abdul Hadi sendiri.

“Saya yakin, antara ketenangan ayahanda sebelum ajalnya adalah keharmonian hubungannya yang semakin teguh dengan para ulama syura PAS dan TGHH (Abdul Hadi).

“Saya paling menikmatinya selaku anak,” kata beliau dalam satu kenyataan, Selasa.

Justeru, Nik Mohammad Abduh menasihati ahli PAS supaya taat kepada kepimpinan Presiden PAS dan hala tuju parti itu seperti yang ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama.

“Ketaatan pada ketua adalah ibadah kepada Allah,” tegas beliau.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik Abduh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd