• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Menu Makanan Berbaur Lucah Cetus Bantahan

oleh
19/05/2017
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

http://mynewshub.cc/

YOGYAKARTA – Kesal dengan senarai nama menu sebuah restoran masakan tempatan di sini, sebuah badan bukan kerajaan menyeru masyarakat agar membuat bantahan ke atas pemilik premis makanan itu, lapor akhbar Indonesia.

Kedai 24 Jam di Jalan Damai, mukim Ngaglik daerah Sleman di bandar raya ini terkenal dalam kalangan penduduk bukan sahaja kerana keenakan hidangan dijual, malahan nama menu yang mampu membangkitkan selera.

Media melaporkan, antara menu yang pasti rangsang ‘nafsu’ pelanggan khasnya lelaki iaitu Pelacur singkatan daripada Pemusnah Lapar Cukup Rasional, Peniz (Spesial Nasi Soziz) dan Sodomie (Semangkok olahan Indomie).

Kesemua nama makanan itu tidak pun menggambarkan rupa bentuk hidangan, namun ia mengakibatkan ramai teruja ingin tahu dan tidak sabar meratah termasuk antaranya Gigolo (Gerombolan Nasi Goreng Sesuka Lo).

Gambar hiasan

Bimbang senario berbaur lucah yang ditakuti boleh menyebabkan gejala seks bebas, Forum Komunikasi Psikolog Puskesmas se-Kabupaten Sleman membuat protes secara aman, tetapi bukan dengan piket atau boikot ke atas restoran itu.

Sebaliknya organisasi tersebut mengirim mesej kepada penduduk Yogyakarta agar menegur pengusaha premis itu kembali insaf dengan menghantar pesanan berunsur nasihat dan tazkirah agama menerusi pelbagai aplikasi telekomunikasi pintar.

“Assalamualaikum wr wb Bapak Ibu… Mohon bantuannya, untuk bersama2 ber-amar ma’ruf nahi munkar, menyelamatkan anak2 kita semua dari pornografi. Saat ini kami dari Forum Komunikasi Psikolog Puskesmas se-Kabupaten Sleman merasa resah.

Ini ekoran usaha Kedai 24 Jam menggunakan konsep menu ‘vulgar’ setiap nama pada makanan dan minuman yang dijual. Sehingga kami merasa perlu mengkoreksi konsep tersebut. Saat ini kami sedang berupaya hubungi pemilik Kedai 24 Jam.

Keadaan di luar Kedai 24 Jam pada waktu siang.

Salah satunya berada di Jalan Damai, kami desak mereka untuk ubah konsep warung dalam bentuk nama2 menu makanan minuman, serta dekorasi interior-nya, menjadi lebih santun. Kami masih menunggu agar pemilik melakukan perubahan.”

Selain itu, Forum Komunikasi Psikolog juga mengajak penduduk mengirimkan pesanan terus kepada Arismanto, si pemilik Kedai 24 Jam dengan disertakan sekali nombor telefon bimbit pengusahanya dalam mesej akhir organisasi berkenaan.

Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, pemilik premis telah diminta memberi penjelasan mengenai nama menu kepada pihak unit perlindungan wanita polis daerah atau segera ubah jika gagal beri alasan munasabah. – Agensi

Tags: Indonesiamakananpolisrestoransekssensored
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anthony Loke Dipuji Cedok Bihun Goreng Untuk Penduduk

Anthony Loke Dipuji Cedok Bihun Goreng Untuk Penduduk

28/07/2026
0

SEREMBAN – Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menerima pujian susulan satu rakaman video memaparkan beliau mencedok bihun...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd