• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Yakin Melayu Jadi Bangsa Disegani Di Mata Dunia

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkeyakinan bahawa bangsa Melayu akan terus melangkah menjadi bangsa yang disegani di mata dunia.

Beliau menzahirkan keyakinan itu berdasarkan semangat yang ditunjukkan hadirin terutamanya golongan belia yang bersama-sama dengannya pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di Bukit Jalil, malam tadi.

“Namun, Melayu tidak harus leka, Melayu perlu terus melangkah maju dan berdikari. Kita perlu tingkatkan usaha kita melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.

“Kita perlu memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi Raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga,” katanya menerusi catatan terbaru di dalam laman Twitternya hari ini.

Najib berkata, panduan ini wajar menjadi wadah dan maslahah yang akan terus diperjuangkan dan digunakan untuk memajukan bangsa Melayu.

Perdana Menteri turut yakin bahawa seandainya bangsa Melayu mengekalkan keutuhan perpaduan dalam kalangan mereka dan berusaha ke arah memajukan bangsa, tiada apa yang tidak mampu dikecapi bersama.

Malam tadi, Najib menghadiri dan menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan itu di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini yang dihadiri ribuan peserta.

Sementara itu, dalam satu lagi catatannya, Perdana Menteri berkata kerajaan akan meneruskan usaha menambah baik pertahanan negara agar keselamatan dan ketenteraman serta kedaulatan sempadan negara terus terjamin.

“Hari ini adalah ulang tahun ke-82 Angkatan Tentera Darat Malaysia. Saya mengajak rakyat Malaysia bersama-sama saya mengucapkan terima kasih atas pengorbanan mereka dan keluarga serta mendoakan agar para perajurit angkatan darat terus cekal, tabah dan gagah,” katanya. – BERNAMA

Tags: MelayuNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd