SETIAP ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak yang selama ini dikandung dan dibesarkan selama ini.
Begitu jugalah harapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak terhadap anakandanya, Nooryana Najwa yang bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Daniyar Kessikbayev malam ini.
Menerusi laman Twitternya, Najib memuat naik status mengakui malam ini bakal menjadi detik paling bahagia buat anak perempuannya yang digelar sebagai Gina.
Selaku bapa, Najib meluahkan harapan dan berdoa agar anak perempuannya ini menjadi seorang isteri yang solehah.
Luahan Najib ini menarik perhatian rakyat yang turut dibalas dengan ucapan tahniah daripada masyarakat netizen kepada pemimpin negara ini.
Menerusi seorang jurucakap, majlis akad nikah itu akan berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC