• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mahu Beban Pelanggan, Harga Barang Di Mydin Kekal

oleh Ahmad Albab
02/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasaraya Mydin hari ini menjelaskan keputusan untuk menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana mahu meringankan beban pelanggannya ekoran peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin berkata pelanggan tidak perlu risau kerana mereka masih boleh mendapatkan pelbagai barang pada kadar harga sama walaupun sistem percukaian itu mula dilaksanakan esok.

“Buat masa ini, kami akan menanggung GST kerana kami mahukan yang terbaik untuk semua pelanggan rangkaian Mydin, MyMydin dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

“Jadi pelanggan tidak perlu panik dan boleh terus berkunjung ke Mydin untuk mendapatkan barangan keperluan mereka,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kebelakangan ini ramai kalangan pelanggan rangkaian pasar raya itu menyuarakan kebimbangan mereka terhadap pelaksanaan GST.

Ameer berkata ada yang membuat pembelian secara panik kerana menyangka semua barangan di Mydin akan dinaikkan harga bermula esok.

“Saya ingin meyakinkan pelanggan, harga barangan kami akan seperti biasa, tidak perlu panik dan berbelanjalah seperti biasa,” katanya.

Semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa lebih ramai peniaga mencontohi Pasaraya Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus GST.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata langkah Mydin itu disambut baik kementerian kerana dapat membantu menjayakan inisiatif yang diambil kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Pasaraya Mydin Jalan Masjid India mendapati urusan jual beli adalah seperti biasa dan tiada pembelian panik berlaku. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ZYLaVXsQBNg

Tags: GSTMydin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd