KAHERAH – Hanya kerana tidak membuat kerja rumah, seorang budak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia akibat dibelasah oleh gurunya di sebuah sekolah di Mesir.
Budak tersebut meninggal dunia keesokan harinya akibat pendarahan otak.
Susulan itu, guru terbabit telah digantung kerja dan siasatan kini dijalankan bagi menentukan punca kejadian.
Kejadian itu mengejutkan penduduk Mesir dan ia juga menunjukkan jumlah kes melibatkan penderaan kanak-kanak adalah amat membimbangkan.
Pada tahun lepas, statistik menunjukkan serangan ke atas kanak-kanak meningkat 55 peratus berbanding tiga tahun sebelum ini dengan 50 peratus daripada kes keganasan itu didaftarkan di sekolah.
September lalu, pengarah sebuah rumah anak-anak yatim di Kaherah telah dipenjara tiga tahun kerana mendera kanak-kanak.
Video penderaan itu telah dimuatnaik di dalam internet menunjukkan dia memukul kanak-kanak hinggakan mereka bertempiaran lari sambil menjerit.
– MYNEWSHUB.CC


