• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Warga Myanmar Ditemui Dipercayai Dibunuh

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh ditemui dalam bilik di sebuah rumah kedai dua tingkat di Bandar Seri Botani di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mayat lelaki berusia 46 tahun itu ditemui majikannya dalam keadaan bertutup dengan selimut kira kira 9 malam.

“Siasatan awal mendapati, mangsa meninggal dunia dalam lingkungan enam hingga 12 jam. Pemeriksaan di tempat kejadian juga menemui kesan darah yang telah kering,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sum berkata suspek dipercayai menggunakan senjata tajam kerana terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala, muka dan belakang badan mangsa.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kesan pergelutan walaupun bilik mangsa berada dalam keadaan tidak tersusun,” katanya.

Katanya, kedai dua tingkat berkenaan dihuni tujuh pekerja termasuk mangsa dan kesemuanya merupakan warga Myanmar.

Difahamkan, mangsa bekerja dengan majikannya sejak dua tahun dan hanya datang menetap di rumah berkenaan apabila mempunyai projek.

“Mangsa berada di sini sejak sebulan yang lalu. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan enam lelaki Myanmar yang tinggal bersama si mati untuk membantu siasatan,” katanya.

Sum berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd