• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Dengan Kesan Terbakar Ditemui

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar ditemui di dalam longkang di tepi jalan Kilometer 253 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mayat itu ditemui 7 pagi ini, berusia lingkungan 20 hingga 30-an, dijumpai dalam keadaan terlentang dan terbakar 30 peratus iaitu hampir keseluruhan pakaiannya terbakar.

Beliau berkata, mayat dibakar dalam longkang dan jarak longkang tersebut dengan bahu jalan lebih kurang dua meter dan terdapat kesan darah di bahu jalan atas rumput.

“Tiada kecederaan yang nyata dijumpai pada fizikal mayat dan terdapat beberapa kesan kulit merekah pada tangan, badan dan kaki dipercayai akibat kebakaran,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bahan yang digunakan untuk membakar adalah kotak dan plastik berwarna hitam.

“Tidak dapat dipastikan identiti mayat tersebut kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai juga tiada barang kemas atau barang berharga ditemui pada mayat,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan usaha mengesan identiti daripada cap jari dan ujian DNA akan dibuat.

Beliau turut meminta orang awam yang nampak kejadian tersebut atau yang kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Seremban di talian 06-6033222 atau talian terus 06-6014999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd