• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Man City Akan Terus Berjuang Pertahan Trofi EPL – Pellegrini

oleh Ahmad Albab
21/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Manuel Pellegrini memberi jaminan Manchester City akan terus berjuang merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika penyandang juara itu berusaha menyelamatkan diri daripada terus terjunam.

Pellegrini ketika ini menyaksikan dirinya terpaksa menjawab soalan mengenai jawatannya sejak beberapa hari lepas selepas kegagalan terbaharu City dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Belumpun luka disingkirkan Barcelona itu sempat sembuh, City dijadual menentang West Bromwich Albion malam ini dalam kempen EPL dan sedar mereka makin jauh ketinggalan berbanding pendahulu, Chelsea yang mempunyai kelebihan enam mata di puncak liga.

Chelsea turut memiliki kelebihan satu perlawanan malah kedudukan empat teratas liga semakin terancam buat City dengan Arsenal hanya dibezakan dengan satu mata di tempat ketiga diikuti dua mata oleh Manchester United, keempat.

“Untuk cuba memenangi Liga Juara-Juara Eropah ialah sasaran di masa depan. Semua pasukan yang berhasrat menjadi pasukan besar mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah, namun bukan mudah untuk memenanginya,” kata Pellegrini .

“Kedudukan kedua dalam EPL saya tidak fikir adalah bencana. Kami bukannya berada di kedudukan kelapan, kesembilan atau ke-10. Hanya Chelsea lebih baik berbanding pasukan kami.

“Kami akan cuba sekurang-kurangnya kekal di kedudukan kedua dan memberi tekanan kepada Chelsea untuk baki sembilan perlawanan selepas ini.

“Tahun ini, kami semua mahu menang gelaran itu setiap tahun. Saya tidak fikir ia sesuatu yang mustahil untuk melakukannya (setiap tahun) namun saya fikir tidak mustahil untuk bertarung sehingga penamat,” katanya.

Seandainya menang menentang West Brom, City akan berharap satu lagi kegagalan daripada Chelsea yang dijadual menentang Hull City, esok. – AFP

Tags: EPL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salah Mungkin Kena Gantung

27/12/2018
0

LONDON - Mohamed Salah mungkin digantung perlawanan dan tidak beraksi bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool bagi pertembungan penting berdepan...

Musim Ini EPL Milik Kami

31/10/2018
0

LONDON - Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva mendakwa jika pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini bakal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd