• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terima Pesawat Airbus A400M Pertama

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Airbus Defence and Space secara rasmi menyerahkan pesawat pengangkutan tentera Airbus A400M yang pertama daripada empat pesawat yang ditempah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ia juga menandakan penyerahan pertama pesawat A400M kepada pelanggan eksport di luar negara pelancaran asal.

Pesawat itu diterima di Barisan Pemasangan Akhir A400M di Seville, Sepanyol oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin pada 9 Mac.

Ia disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Nozirah Bahari dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Rothiah Omar yang menandatangani pemindahan hak milik bagi pihak Kementerian Pertahanan.

“Pesawat A400M akan menawarkan TUDM keupayaan pengangkutan berat paling canggih di rantau ini dan membolehkan kita melaksanakan pelbagai operasi ketenteraan dan kemanusiaan yang luar biasa,” kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Sri Roslan Saad dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan Airbus.

Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Defence and Space, Bernhard Gerwert berkata: “Kami amat bangga untuk menyerahkan pesawat pertama A400M kepada pelanggan eksport pertama kami, Malaysia.

“Pesawat ini akan merubah pasukan mobiliti udara Malaysia berikutan kombinasi keupayaan strategik dan taktikal unik A400,” katanya.

“Ini memberi mesej jelas yang A400M bukan sahaja pesawat khusus yang direka bentuk dan dibangunkan untuk pasukan tentera udara Eropah, tetapi sebenarnya rujukan baharu dalam pasaran pengangkutan taktikal dan strategik di seluruh dunia memenuhi kedua-dua peranan dalam satu jentera,” kata kenyataan itu.

Apabila tiba di Malaysia, A400M akan menyertai Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi mulai 17 hingga 21 Mac. – BERNAMA

Tags: AirbusMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Daripada Setiap Lapan Orang Bekerja di Malaysia Pekerja Asing – BERSAMA

Satu Daripada Setiap Lapan Orang Bekerja di Malaysia Pekerja Asing – BERSAMA

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti BERSAMA menyifatkan cadangan pemimpin DAP, Lim Guan Eng supaya pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum...

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kekesalan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput dan menerima kunjungan rasmi Min...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd