• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Puji Usaha Tentera Laut India Bantu Operasi SAR MH370

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memuji usaha tentera laut India membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370.

Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais TLDM, Laksamana Muda Datuk Mior Rosdi Mior Mohd Jaafar berkata, angkatan tentera India sentiasa berhubung dengan TLDM sebaik sahaja pesawat berkenaan hilang pada 8 Mac 2014.

Beliau berkata pihak tentera laut India sentiasa bersedia menghulurkan pertolongan bagi membantu operasi SAR pesawat Boeing 777-200ER itu yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal.

“Ini membuktikan persahabatan maritim yang rapat antara India dan Malaysia selama ini,” katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas menghadiri resepsi makan malam di atas kapal tentera laut India, ‘INS Kesari’ di Pusat Pelayaran Pelabuhan Klang di sini malam tadi.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, T.S. Tirumurti.

INS Kesari merupakan satu daripada empat kapal daripada Skuadron Latihan Pertama Tentera Laut India (INS) yang berlabuh di sini sejak Selasa sempena lawatan empat hari ke Malaysia.

Tiga kapal lain ialah ‘INS Tir’; ‘INS Varuna’ dan ‘INS Sudarshini’ yang berada di sini sebagai sebahagian daripada latihan penempatan seberang laut untuk 137 pelatih merangkumi bidang kepelautan, pelayaran dan pengendalian kapal.

Kesemua kapal INS ini merupakan kapal yang digunakan oleh Tentera Laut dan Pengawal Pantai India untuk latihan praktikal intensif laut selama 24 minggu bagi para pegawai pelatih.

Dalam ucapannya, Mior Rosdi berkata latihan bersama tentera laut India dan Malaysia membolehkan kedua-dua negara mempelajari kepakaran masing-masing melalui latihan bersama di laut.

Katanya tentera laut India menyertai secara tetap Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) di Malaysia, dan menambah ‘INS Kamorta’ yang merupakan kapal perang anti kapal selam stealth buatan negara itu turut
menyertai pameran berkenaan yang berlangsung dari 17 hingga 21 Mac.

Sementara itu pegawai kanan INS, Kapten Sivaram R. Ayyan dalam ucapannya berharap lawatan kapal terbabit dapat menyuburkan budaya persefahaman dan hubungan antara Tentera Laut India dan TLDM. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd