Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Tidak Ada ‘Duit Raya’...

KUALA LUMPUR – Kerajaan buat masa ini tidak berhasrat untuk memberikan ‘duit raya’...

PN Sedia Terima Ahli...

DUNGUN : Perikatan Nasional (PN) sedia menerima sesiapa sahaja ahli UMNO, yang digantung...

PKPB Bukan Sebab Abaikan...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan sebab rakyat Malaysia untuk...

Mangsa Gilis Terima Sumbangan...

PELAJAR tingkatan satu yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori pasir ketika pulang...

Malaysia Mampu Dapat Keputusan Lebih Baik Dalam Pisa 2015

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan bahawa Malaysia mampu mendapat keputusan yang lebih baik dalam Program Penilaian Murid Antarabangsa (Pisa) 2015.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan berusaha gigih untuk mencapai sasaran itu, sekali gus menolak kenyataan segelintir pihak yang mendakwa prestasi sistem pendidikan negara semakin menurun.

“…apabila keluar keputusan Pisa nanti kita akan dapat keputusan yang lebih baik.Saya bagi jaminan sebagai menteri, prestasi kita akan lebih baik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan pihak tertentu yang mendakwa pendidikan negara semakin merosot berdasarkan keputusan Pisa 2012, dengan Malaysia berada pada kedudukan kedua tercorot dalam kalangan negara Asia Tenggara di belakang Singapura, Thailand dan Vietnam.

Idris menegaskan adalah tidak adil untuk pihak terbabit mengambil contoh kedudukan Malaysia dalam Pisa 2012 kerana peperiksaan itu sudah tiga tahun berlalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori