• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Diaibkan Oman 6-0 Aksi Persahabatan Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
27/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SKUAD Harimau Malaya nyata bukan lawan Oman selepas diaibkan dengan kekalahan 6-0 pada aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Al-Seeb, Oman, malam tadi.

Pasukan tuan rumah yang mendapat jolokan Al-Ahmar (The Reds) nyata bukan tandingan skuad bimbingan Dollah Salleh apabila mendominasi perlawanan serta melakukan serangan bertali arus ke kubu skuad negara.

Hasilnya, Yaqoob Abdul-Karim Salim Al-Qasmi membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 selepas bijak memanfaatkan pergelutan dalam kotak penalti sebelum mudah menolak masuk bola untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

Oman, yang dilatih oleh jurulatih dari Perancis, Paul Le Guen, terus menggandakan asakan untuk memburu jaringan dan hasilnya, Abdul Aziz Humaid Mubarak Al-Muqbali meledak gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-42 dan keputusan itu kekal sehingga babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, Oman berjaya menambah gol ketiga menerusi Qasim Said Sangoor pada minit ke-46 selepas beliau mudah menolak masuk hantaran silang rakan sepasukan sebelum Abdul Aziz meledak gol keempat, selang empat minit kemudian.

Yaqoob Abdul-Karim menambah derita Malaysia menerusi gol kelima pada minit ke-66 sebelum Mohsin Johar Al-Khaldi memastikan kemenangan bergaya Oman dengan gol terakhir pada minit ke-88 menerusi sepakan penalti.

Dalam pada itu, skuad Bawah 23 (B-23) negara mengalami kekalahan kedua pada siri perlawanan persahabatan di Thailand selepas tunduk 2-0 kepada kelab Air Force United FC di Stadium Thupatemee, Bangkok.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu, yang seri 1-1 menentang skuad B-23 Korea Utara, Ahad lepas, akan melengkapkan siri persahabatan itu menentang Police United pada Isnin ini di Stadium Thammasat.

Tiga aksi persahabatan berkenaan merupakan antara persiapan Kim Swee bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=JFg1ues5phM

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd