• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTdL: Adiq Husainie Gembira Raih Tempat Ketiga

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELUMBA pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Adiq Husainie Othman berpuas hati dengan kejayaannya meraih tempat ketiga pada peringkat kelima jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 dari Kuala Terengganu ke Kuantan, sejauh 200km, hari ini.

Beliau muncul pelumba kedua negara yang melakar kedudukan podium selepas rakan sepasukannya, Anuar Manan menduduki tangga ketiga pada peringkat pertama LTdL 2015 sejauh 99.2km di Langkawi, Ahad lepas.

“Saya berterima kasih kepada Loh Sea Keong yang membuka laluan kepada saya untuk naik ke podium. Mungkin tanpa kerjasama dia, saya tidak akan berjaya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan tersebut.

“Tidak lupa juga kepada rakan sepasukan, keluarga dan juga jurulatih TSG, Sebastian Duclos (dari Perancis) yang banyak memberikan kata-kata perangsang kepada saya,” katanya.

Mohd Adiq Husainie menyifatkan momentum perlumbaan hari ini agak laju kerana laluan yang landai selain kumpulan ‘breakaway’ bertindak memecut awal pada 25km terakhir sehingga meninggalkan kumpulan peloton dengan jurang masa yang agak jauh.

Pada masa sama, pelumba kelahiran Kemaman itu optimis dapat merampas semula jersi putih selaku pelumba terbaik Asia daripada pendahulu, Zhang Wenlong daripada pasukan Giant-Champion System Pro Cycling Team memandangkan beliau ketinggalan 11 minit di belakang pelumba China itu.

Dalam pada itu, Sea Keong, yang juga pelumba senior kebangsaan merasa terkilan kerana gagal mendapat kedudukan podium walaupun pada satu ketika berada pada kedudukan selesa pada babak akhir perlumbaan.

Beliau menjelaskan peluang untuk membuka laluan kepada Mohd Adiq Husainie dibuat memandangkan ia tidak selalu hadir dalam mana-mana perlumbaan.

“Tiada kesilapan dari segi strategi berbanding dengan pelumba terdahulu, mungkin tiada rezeki untuk diri sendiri,” katanya.

“Saya akan nilai semula persembahan saya sebagai satu panduan untuk meraih keputusan lebih baik,” jelas anak jati Kelantan itu yang menjangkakan peringkat keenam, esok bakal dikuasai pelumba pecut.

Sejumlah 124 pelumba bakal bersaing pada peringkat keenam sejauh 96.6km dari Maran ke Karak melibatkan tiga zon pecutan di Chenor, Temerloh dan Mentakab. – BERNAMA

Tags: LTdL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belletti Akhiri Kemarau Gelaran Selepas 2 Tahun

25/03/2018
0

MUAR – Pelumba Itali, Manuel Belletti daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec menamatkan kemarau gelaran selepas dua tahun apabila menjuarai peringkat ketujuh...

Harrif Puas Hati Tamat Kemarau Raih Podium

22/03/2018
0

PEKAN — Pelumba pecut kebangsaan, Mohd Harrif Saleh puas hati kerana berjaya menamatkan kemarau enam tahun untuk meraih kedudukan podium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd