Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Hospital Al-Shifa Umpama Cangkerang...

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata, kemusnahan Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di...

Nabi Tak Pernah Halau...

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شِدَّادِ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى...

Kesal Kabinet Majoriti Muslim...

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa kesal apabila kabinet kerajaan yang terdiri daripada majoriti orang Islam masih tidak dapat menghalang penganut Islam daripada terlibat dalam aktiviti berkaitan arak.

Anwar Jangan Gelojoh Nak...

KOTA BHARU - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

LRA Sungai Semenyih Kembali Beroperasi

SHAH ALAM – Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihentikan operasinya 5.15 petang tadi berikutan peningkatan parameter mangan dan ammonia di sungai itu dijangka kembali beroperasi pada malam Selasa.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, meskipun loji ini beroperasi pukul 11 malam Selasa, air akan memasuki sistem pengagihan Syabas pukul 12 tengah malam.
“Kita jangkakan pemulihan sepenuhnya dalam masa tiga hari bermula tengah malam ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata buat masa ini kerja-kerja pengepaman air mentah dari Sungai Semenyih ke loji berkenaan sedang dijalankan.

Antara kawasan yang dikenalpasti mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah adalah 39 kawasan di Petaling melibatkan sebanyak 135,000 pintu rumah, 72 kawasan di Kuala Langat melibatkan 45,029 pintu rumah, 216 kawasan di Hulu Langat melibatkan (146,954 pintu rumah) dan 61 kawasan di Sepang (148,236 pintu rumah). – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori