Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Petik Gitar Ketika Otak...

Rio de Janeiro - Seorang lelaki Brazil mengejutkan doktor dengan menyanyi lagu The...

Tetak Wanita Hingga Maut,...

KEPALA BATAS - Polis menahan seorang lelaki Indonesia bagi membantu siasatan kes seorang...

Keputusan Rosmah Bebas Atau...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Datin Seri Rosmah Mansor akan dilepaskan atau...

Kes Rasuah Johor: Beberapa...

JOHOR BAHRU - Beberapa individu dijangka akan didakwa berhubung kes rasuah dan penyelewengan...

LKIM T’ganu Rancang Wujud 2 Pasar Nelayan Baharu Tahun Ini

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Terengganu sedang merancang untuk mewujudkan dua buah pasar nelayan baharu pada tahun ini.

Pengarah LKIM negeri Mohd Zahid Mohd Nor berkata lokasi yang dikenal pasti untuk pembinaan pasar nelayan itu ialah Kerteh, Kemaman dan Seberang Takir di Kuala Nerus.

“Kami sedang memohon peruntukan daripada ibu pejabat dan sedang membuat permohonan mendapatkan tanah bagi tujuan itu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Zahid berkata pada masa ini terdapat lima pasar nelayan di seluruh Terengganu yang sudah beroperasi dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat.

Lima pasar itu terletak di Pulau Kambing di sini; Bandar Dungun, Dungun; Rhu 10, Setiu; Seberang Kastam dan Kampung Benting Lintang di Besut.


Mohd Zahid berkata setiap pasar nelayan tersebut berharga antara RM150,000 hingga RM200,000.

Beliau menambah empat lagi pasar nelayan yang termasuk dalam projek tahun 2014 kini sedang dalam proses pembinaan iaitu di Kampung Che Wan, Kijal; Rhu Muda, Marang; Taman Hadari, Paka dan Pengkalan Maras di Kuala Nerus.

Perbelanjaan untuk membina empat pasar nelayan itu dianggarkan berjumlah RM800,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori