• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai

oleh
19/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter
Gambar hiasan

LIVERPOOL – Kelab bola sepak terkenal England, Liverpool mengesahkan bahawa pasukan itu akan melakukan lawatan jelajah ke Malaysia pada Julai depan sebagai sebahagian daripada persiapan pra-musim.

Stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia melaporkan, juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 19 kali itu dijadual akan menentang skuad kesebelasan utama pasukan kebangsaan Malaysia pada 24 Julai nanti.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Liverpool ke Malaysia sejak 2011 lalu, apabila kelab The Reds tersebut menewaskan pasukan tuan rumah 6-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang sesak dibanjiri lebih 80,000 peminat.

Pihak pengurusan kelab England itu termasuk kakitangan latihan dari Yayasan Liverpool FC turut datang untuk mendekati masyarakat menerusi acara-acara khas komuniti tempatan bersama penyokong kelab di Malaysia.

Kehadiran mereka pada 2011 lalu pernah mencetuskan fenomena apabila stadium keramat di Kuala Lumpur itu bertukar seumpama lautan merah dibanjiri ramai peminat selain gema lagu rasmi Liverpool, You’ll Never Walk Alone.

Gambar hiasan

Pada 12 Februari lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kelab bimbingan Brendan Rodgers itu dijadual menentang skuad Harimau Malaya pada akhir Julai.

The Reds yang masih mengekalkan rekod tanpa bolos sepanjang perlawanan liga kali ini; sekali gus mencipta sejarah rekod sama pada 1972 lalu, tetapi masih di belakang Manchester City di posisi kedua dengan beza 4 mata.

Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa kelab Liverpool itu dirancang berlangsung di Kuala Lumpur dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tidak bertindih dengan Piala Asia Barclays di Singapura.

Kejohanan dwitahunan sejak 2003 itu diadakan pada 15 dan 18 Julai di Stadium Nasional, Kallang melibatkan perlawanan antara pasukan kebangsaan Singapura dengan Arsenal, Everton dan Stoke City. – Agensi

Tags: BarclaysHarimau MalayaLiverpoolStadium Nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tanda Sokongan, Lorde Hadiahkan Cupcake Kat Peserta X-Factor Yang Dibuli Juri

Next Post

VIDEO: Mungkin Inilah Amoi Paling ‘Taiko’ Di Malaysia!

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Next Post

VIDEO: Mungkin Inilah Amoi Paling 'Taiko' Di Malaysia!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd