• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liberia Siasat Punca Jangkitan Mangsa Terbaharu Ebola

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MONROVIA – Pegawai kerajaan Liberia segera menjalankan siasatan bagaimana seorang pesakit terbaharu dijangkiti virus maut Ebola selepas beberapa minggu tiada kes jangkitan dicatatkan di negara itu.

Liberia sebelum ini menjadi negara paling ramai mencatatkan kematian akibat Ebola membabitkan 4,200 orang daripada lebih 10,000 kes kematian yang direkodkan di seluruh wilayah Barat Afrika.

Kali terakhir kes Ebola dilaporkan di Liberia pada 5 Mac lalu dan sehingga ini sudah 42 hari negara itu dikategorikan bebas Ebola.

Namun pada Jumaat lalu, pegawai berkata seorang pesakit dikenal pasti positif Ebola dan ia sekali gus mencetuskan kebimbangan baru kepada negara itu.

Malah pesakit terbabit juga dikatakan tidak berhubung dengan mana-mana mangsa jangkitan Ebola dan mengakui tidak pernah keluar melawat negara jiran yang dijangkiti wabak itu sama ada di

Sierra Leone atau Guinea.

Pemangku Pasukan Pengurusan Kes Ebola Liberia, Dr Francis Kateh, berkata pihak berkuasa kini mengkaji kemungkinan pesakit terbabit pernah menemui seseorang dari luar Liberia atau melakukan hubungan seks dengan mangsa yang terselamat.

Virus Ebola masih boleh didapati pada air mani seseorang yang terselamat sehingga tempoh tiga bulan, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan. – AP

Tags: Ebola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

24/09/2022
0

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika...

Petugas Kesihatan AS Dikuarantin, Terdedah Ebola

30/12/2018
0

LINCOLN - Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus Ebola ketika merawat pesakit di Republik Demokratik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd