• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

oleh Mohd Arshad
24/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika itu melaporkan kematian pertama akibat virus demam berdarah itu sejak 2019.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Kesihatan Uganda mengisytiharkan darurat wabak Ebola di daerah Mubende, tengah Uganda Selasa lalu semasa mengumumkan kematian pesakit lelaki berusia 24 tahun itu.

“Setakat ini, tujuh kes termasuk satu kematian disahkan menghidap varian Ebola Sudan.

“Seramai 43 tiga kontak telah dikenal pasti, manakala 10 orang yang disyaki dijangkiti virus Ebola sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan di Mubende.

“Pakar-pakar kami sudah berada di lokasi wabak dan bekerjasama dengan pasukan kawalan Ebola Uganda yang berpengalaman untuk mengukuhkan pengawasan, diagnosis, rawatan serta langkah pencegahan,” kata WHO dalam satu kenyataan, merujuk kepada varian Ebola yang jarang dikesan.

Uganda yang berkongsi sempadan rapuh dengan Republik Demokratik Congo (DRC), telah mengalami beberapa wabak Ebola pada masa lalu dengan yang terbaharu dilaporkan dalam tahun 2019 apabila sekurang-kurangnya lima orang terkorban.

DRC merekodkan satu kes baharu Ebola bulan lalu di timur negara itu yang bergolak, kurang enam minggu selepas epidemik Ebola di barat laut DRC, diisytiharkan sudah berakhir.

Ebola merupakan demam berdarah yang kerap kali membawa kematian. Kadar kematian akibat penyakit itu tinggi dan dalam sesetengah kes melonjak sehingga 90 peratus, demikian menurut WHO.

Pertama kali dikenal pasti dalam tahun 1976 di DRC (dulunya Zaire), virus Ebola yang hidup di dalam kelawar sejak itu mencetuskan siri epidemik di Benua Afrika dan membunuh sekitar 15,000 orang.

Jangkitan pada manusia adalah melalui cecair badan dengan simptom utama ialah demam, muntah, pendarahan dan cirit-birit.

-Kosmo Online

Tags: EbolaUganda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Orang Awam Cekup Lelaki Larikan Barang Kemas RM30,000

Next Post

Proses Damai: Israel Bukan Lagi Rakan Kongsi Palestin

Related Posts

Uganda Lulus RUU Hukum Mati Pasangan Gay Amal Seks Ketika HIV Positif

Uganda Lulus RUU Hukum Mati Pasangan Gay Amal Seks Ketika HIV Positif

04/05/2023
0

KAMPALA : Parlimen Uganda meluluskan rang undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang membenarkan pelaksanaan hukuman mati...

Petugas Kesihatan AS Dikuarantin, Terdedah Ebola

30/12/2018
0

LINCOLN - Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus Ebola ketika merawat pesakit di Republik Demokratik...

Next Post
Proses Damai: Israel Bukan Lagi Rakan Kongsi Palestin

Proses Damai: Israel Bukan Lagi Rakan Kongsi Palestin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd