• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Jangka 4 Juta Pengguna E-Filing Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem e-filing dijangka menerima empat juta pengguna memfailkan pulangan cukai pendapatan pengguna secara dalam talian tahun ini selepas kaedah itu terbukti popular di kalangan pembayar cukai bagi golongan muda.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata, sistem dalam talian itu yang diperkenalkan pada 2006 mendapat sambutan menggalakkan daripada pembayar cukai muda dengan 3.8 juta pengguna pada tahun lepas.

“Kami mensasarkan tiga juta orang menggunakan e-filing tahun lepas tetapi sebaliknya, kami menerima 3.8 juta orang.

“Tahun ini, saya berharap lebih ramai pembayar cukai akan menggunakan sistem ini kerana ia mampu untuk mengira bayaran balik cukai dengan tepat dan penyerahan proses dengan cepat,” katanya kepada pemberita.

Mohd Shukor berkata, tempoh penggunaan e-filing juga akan dipanjangkan sehingga ke 15 Mei, bukan seperti tahun sebelum ini hanya sehingga 30 April.

Katanya, pada 2014, LHDN memecah rekod dari segi kutipan yang mana menyaksikan sebanyak RM133.695 bilion iaitu meningkat RM4.633 bilion atau 3.59 peratus berbanding 2013.

“LHDN sentiasa bertimbang rasa kepada pembayar cukai. Kami membenarkan pembayaran dibuat melalui kad kredit yang menjadikannya lebih mudah dilakukan,” katanya. – mStar Online

Tags: CukaiLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd