• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mati Terjatuh Dari Bangunan

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang lelaki berumur 22 tahun ditemui mati, dipercayai selepas terjatuh dari bangunan empat tingkat di Tabuan Tranquility Commerial Centre, Jalan Canna di sini awal hari ini.

Lelaki itu yang berasal dari Sadong Jaya, Samarahan, dikatakan datang ke Kuching untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Disebabkan sudah lewat petang, mangsa mengambil keputusan untuk bermalam di bilik sewa seorang kawannya di bangunan kedai empat tingkat itu.

Menurut rakan mangsa, pada jam 10.15 malam selepas minum bersama-sama beberapa rakan lain di koridor bilik sewa itu, kesemua mereka masuk tidur tetapi mangsa terus duduk bersendirian di situ.

“Pada kira-kira jam 11 malam saya nampak mangsa berbaring di atas lantai koridor dan menyuruh dia masuk bilik untuk tidur tetapi dia tidak peduli dan terus mahu berada di koridor,” kata rakannya itu.

Katanya kira-kira jam 12 tengah malam dia terdengar bunyi benda jatuh namun tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah anggota polis sampai dan memberitahu yang mangsa terjatuh dari bangunan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: jatuh bangunanmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd