• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurang 1,000 Syarikat Di Sabah Belum Daftar GST – Kastam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kastam Diraja Sabah sudah mengenal pasti kurang 1,000 syarikat yang layak mendaftar di bawah sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tetapi masih gagal berbuat demikian, kata Pengarahnya, Datuk Dr Janathan Kandok.

Malah, katanya, siasatan sedang dijalankan sebelum tindakan lanjut diambil ke atas syarikat berkenaan.

“Setakat ini, sebanyak 19,585 syarikat di Sabah sudah berdaftar di bawah GST,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan kunci kaunter Skim Bayaran Balik Pelancong (TRS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.

Kunci kaunter berkenaan diserahkan Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Saman Musli kepada Penolong Kanan Pengarah Kastam (Lapangan Terbang KKIA), Awang Razali Awang Engson.

Mengenai kemudahan TRS berkenaan, Janathan berkata ia akan membolehkan pelancong asing yang layak bagi menuntut semula cukai barangan yang dibeli daripada ejen-ejen kutipan cukai di bawah CBP.

Katanya, cukai berkenaan hanya boleh dituntut oleh pelancong asing dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh pembelian barangan berkenaan.

Mengulas persiapan pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan pada 1 April ini, Janathan berkata pihaknya sudah pun membuat persediaan berkaitan, termasuk dari segi sistem serta sumber tenaga manusia. – BERNAMA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd