Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

10 Stesen KTM Di...

KUALA LUMPUR - Sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di Pantai Timur...

Enam Telco Setuju Laksana...

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat...

Vaksin Pfizer Untuk Dos...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19...

Senario Politik Di Perak...

ALOR SETAR – Senario politik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) di...

KPWKM Akan Laksana Aturan Kerja Anjal

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan aturan kerja anjal bermula 15 Mac ini bagi memudahkan kakitangan dan pegawai khususnya wanita untuk mengimbangkan tugasan pejabat dan tanggungjawab di rumah.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata inisiatif itu terbahagi kepada tiga kaedah iaitu bekerja dari rumah, masa bekerja anjal dan waktu bekerja mingguan yang diubahsuai.

“Pelaksanaan aturan kerja anjal ini terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan lelaki dan wanita kecuali kaedah bekerja dari rumah yang hanya terbuka kepada kumpulan profesional dan pengurusan.

“Saya berharap agar pegawai dan kakitangan terutama wanita agar dapat memanfaatkan kemudahan ini di samping mengekalkan prestasi dan kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kepada 645 pegawai dan kakitangan KPWKM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Rohani berkata pegawai dan kakitangan KPWKM yang ingin menyertai aturan kerja anjal itu perlu mencapai Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85 peratus dan ke atas pada 2014, berdisiplin, bebas daripada tindakan tatatertib dan kurang memerlukan penyeliaan.


Katanya terdapat 249 kakitangan dan pegawai di KPWKM yang mendapat LNPT 85 peratus ke atas layak untuk membuat permohonan.

“Permohonan untuk menyertai aturan kerja anjal itu telah dibuka pada 1 Mac lalu dan mereka yang layak akan dinilai oleh ketua bahagian masing-masing.

“Buat masa ini permohonan masih lagi terbuka dan jumlah yang terpilih akan diumumkan pada 15 Mac ini,” jelasnya.

Menurutnya, sebagai permulaan aturan kerja anjal itu akan dilaksanakan selama tiga bulan untuk melihat keberkesanannya dan akan dinilai untuk penambahbaikan sebelum dipertimbang untuk diperluaskan kepada agensi dan jabatan lain di bawah KPWKM.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori