Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Waspada Ambil Antibiotik Tanpa...

ALOR SETAR - Orang ramai diingatkan tidak sewenang-wenangnya mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau...

Indonesia Berhasrat Jadi Tuan...

MATARAM : Gabenor Nusa Tenggara Barat, Zulkieflimansyah optimis dengan pembinaan Litar Mandalika bagi...

Pertukaran 16,000 Guru ‘Duka...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah meluluskan hampir 16,000 permohonan pertukaran kes guru...

Agong Perkenan Penubuhan RCI...

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V perkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan...

Khalid Samad Ditahan Bantu Siasatan Perhimpunan #KitaLawan

KUALA LUMPUR – Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad ditahan di sini awal pagi tadi di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam ditahan di kediamannya, kira kira 2.30 pagi.

“Khalid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat, Fariz Musa turut ditahan di Petaling Street pada 8 malam bagi membantu siasatan mengenai perkara yang sama.


Semalam diadakan perhimpunan #KitaLawan yang bermula dari Masjid Jamek, pusat beli-belah Sogo dan berakhir di KLCC.

Perhimpunan bagi menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=4nM1a6Q9djU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori