• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Denggi Meningkat 31 Peratus

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Sebanyak 30,651 kes demam denggi dilaporkan bagi tempoh Januari hingga semalam, berbanding 21,247 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya memandang serius peningkatan kes demam denggi yang direkodkan di seluruh negara kerana ia meningkat sehingga 31 peratus.

“Sebanyak 98 kes kematian dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan, berbanding hanya 53 kes kematian pada tahun lepas. Selangor masih mencatatkan jumlah kes dan kematian tertinggi.

“Di Pulau Pinang 1,352 kes dicatatkan dan jumlah itu meningkat kira-kira 64 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 487 kes,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Ibu Tunggal Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau meminta semua pihak termasuk isi rumah agar terus melakukan pemeriksaan sendiri di premis masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi memastikan tiada peralatan atau perkakasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Berikutan kes demam denggi semakin meningkat, saya menggesa orang ramai agar bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan rumah masing-masing dalam usaha menghapuskan nyamuk aedes,” katanya.

Dr Hilmi turut menyeru orang ramai segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran jika mengalami gejala demam denggi seperti demam, sakit badan, sakit kepala, muntah dan loya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau menggesa ibu-ibu tunggal yang belum berdaftar dengan persatuan berkenaan diminta berbuat demikian bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka.

“Selain bantuan, persatuan itu juga dapat membantu ibu-ibu tunggal untuk berkongsi maklumat dan berbincang mengenai hala tuju mereka dalam meneruskan kehidupan.

“Saya dimaklumkan setakat ini baru 2,000 ibu tunggal di negeri ini berdaftar sedangkan saya difahamkan lebih ramai golongan berkenaan di Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

Tags: demam denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd